semalam last day kat ward 7 Utara. tak tau kenapa shift petang. semalam. paling best. paling happening walaweh. balik pun konon konon buat overtime. dekat pukul 10 baru balik. sepatutnya pukul 9 tu dah boleh chow. staff nurse tu siap suruh aku ngan Awie pegi farmasi ambik ubat. well sebab happy kita orang tak kisah walaupun balik lewat. kepenatan tak rasa pun.
balik balik. panjat pegi bilik. tukar tukar baju panjat pegi tingkat 3 tengok bola. semangat sukan bola gila ngan roomate. dapat tengok satu gol pun terbayar la kami pegi tengok tu. and tak kecewa sebab Malaysia negara ku tercinta menang. eh bajettt macam dah masuk final je -.-
lepas syok syok tengok bola. mandi. and go straight to the bed. bila lepas mandi tu baru rasa mengantuk. penat sebab keje dalam ward tu. tapi mujur la mata ni tak tunggu janji untuk ditetapati. cuma buat volume kuat kuat kalau kalau orang tu nak menepati janji. tapi janji tinggal janji. so dengan aman nya aku tidur freedom babe :)
pagi ni dapat berita dari Oyen yang adik Nur Ashikin tu dah meninggal. memang semalam time nak balik dia dah nazak. takleh nafas. so kami tahu. mungkin dah sampai masa kot. jadi kami balik. tapi dalam hati masing masing berdoa. "kalo dah Allah sayang dia. kami takleh buat apa. tapi kalo Allah still nak panjang kan umur arwah. kami harap arwah sembuh" tapi apa apa pun Allah lebih sayangkan arwah. 2 minggu kami tengok. kami jaga setakat yang mungkin kami mampu. semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang yang beriman. "setiap yang bernyawa pasti menemui ajalnya"
Forget about finding Mr. MashaAllah, focus on being Ms. MashaAllah, and leave it to Allah SWT :)

No comments:
Post a Comment