Thursday, 29 August 2013

Benci .


Benci .

Benci dengan diri sendiri .

sebab kadang kadang dalam peperangan dengan diri sendiri ,

aku yang kalah . aku tersungkur .

benci malah benci menatap diri sendiri di cermin .

wahai hati dan iman ?

apa khabar ? aku yakin yang hati dan iman aku tak sihat . yakin dan terlalu yakin .

'hati kita mampu bersih , iman kita mampu berada dalam keadaan tip top .tapi kalau terus mengalah sebab terluka kerana jatuh , mana mampu nak jadi hebat? '

'aku takut kalau aku terus jatuh , aku putus asa nak bangkit kembali'

'Allah tu segala nya , dari Dia datang nya kekusutan , dari Dia juga datang ketenangan'

-Allah segalanya-





Friday, 23 August 2013

Ujian .




ujian yang dihantar tak kira la besar ke kecik ke , ujian tetap ujian .

ujian tetap akan rasa sakit , tapi di sebalik tu kita yang kudus kerdil ni tak tahu apa hikmah dan keindahan yang ada dibelakang tabir ujian tu :)

dan kesabaran itu indah dalam menerima ujian

tak adil , kalau time terima ujian tu kita tak nak bersyukur sebab apa , sebab kita rasa 'damn' nya time tu .
sakit nya time kita rasa tu .

kalau nak banding kan dosa kita dengan ujian yang Allah bagi , tak setimpal pun .

ujian yang Dia bagi tanda Allah sayang kita *letak dalam hati*

diam is da best way ,

diam is da best thing ,

lebih baik diam dari bercakap kalau tu mampu lukakan banyak pihak .

walaupun hati sendiri luka , tapi tak mengapa .

Allah ada . Allah mampu ubat kan luka tu .

*letak jugak dalam hati* , even orang lain tak tahu macam mana kita terluka sekalipun , Allah tahu . Allah mengerti sayang.

walaupun dengan letak dalam hati tu cara untuk tipu diri sendiri , lama lama kita sedar yang tu sepatutnya kita percaya :)

Wednesday, 14 August 2013

Late Snack .



i'm sorry .

the truth is i'm okay .

dan aku taktau kenapa orang nak point out kat aku yang aku ada masalah?

yes , aku ada masalah . masalah dengan hati . ubat dia , bagi aku hanya pada Allah .

bukan aku tak nak percaya dengan orang yang selalu ada untuk aku ,

tapi pengalaman lepas dah lempang aku cukup cukup untuk buat aku sedar .

we need to learn from experience right ? so ?

satu lagi alasan . aku dah muak dengan 'masalah' tu . aku kecewa dengan diri sendiri bila lemah dengan 'masalah' tu. mereka tak duduk tempat aku , mereka tak rasa .

rasa nak menangis 7 hari 7 malam sebab kecewa dengan diri sendiri .

ego dengan diri sendiri . hancur . HANCUR well said ye.

i'm sorry .

kalau mereka rasa aku hidup dengan dunia sendiri . hidup macam orang heartless . kalau mereka rasa aku dah berubah .

sorry bila aku hidup macam tak perlu kawan baik . kadang tu berubah perlu .

berubah menjadi orang lain . kadang kadang tu perlu .

menjauh dari orang yang pernah rapat dengan kita pun perlu , sebab dari situ kita boleh belajar .

can you live without me ? ceh . *tersenyum*

mungkin aku heartless sekarang . tersangat .

i miss you all? no. so sorry guys .

the kemungkinan is bila mereka meseg aku kata nak naik bas nak balik tempat study balik ,

aku : ok and the worst is k .

see my heartless is in the very bad condition :/





Sunday, 11 August 2013

Thanks a LOT




Kejam . 

Kenapa time aku nak berlaku kejam ngan orang , aku kena fikir sampai 2 3 kali .

Time ‘orang lain’ macam takde masa nak fikir perasaan aku .

Sorry . tapi memang ‘orang lain’ tu terlalu kejam dengan perasaan aku hari ni .

Kejam sebab mengunkit benda yang lepas .

Kejam sebab mulut takde insuran or maybe mulut terlebih overdose .

Benda yang lepas bukan sekadar benda yang lepas , tapi ia pernah terluka , teruk .

aku rela berparut di luar dari berparut di hati yang susah nak rawat .

*senyum sinis*

Bila teringat je ‘kenangan manis’ tu je yang aku mampu buat .

Erm . mungkin aku yang terlalu sensitif or mungkin korang yang kurang sense agaknya .

entah

entah

dan

entah .

mungkin aku terlalu sensitif . mungkin .

tapi prinsip hidup aku . ‘jangan ungkit kisah lama’

aku jamin . aku aci petik jari , kalau aku ungkit kisah lama kau , *Senyum sinis* berdarah hati tu takkan 
hilang . sebab parut tu tetap ada .

terima kasih untuk hari ni . terima kasih sebab berjaya buat aku terluka .



Tuesday, 6 August 2013

Penat .




penat .

one word .

kadang penat nak jaga hati orang sekeliling .

sampai perasaan sendiri terabai . kadang tak kisah dengan perasaan sendiri asal hati orang terjaga .

tapi sampai bila ?

orang yang tak faham aku , atau aku yang tak faham mereka , atau mereka tak cuba nak faham aku ?

heh ? macam mana nak faham . kalau tak duduk tempat aku . hey , please stay in my shoes .

orang tu nak jaga , orang ni nak jaga . hati aku pun kena jaga weh . sebab last last aku yang terluka .

mula le air mata ni senang nak mengalir , tapi tak bagitau sesape pun . hanya mampu mengadu pada yang tidak berkenaan sebab apa . sebab nak jaga hati . hanya mampu menangis di bawah hujan ,

masing masing ada perangai sendiri . tapi macam mana aku nak deal ngan perangai masing masing kalau perangai tak sama ngan prinsip aku .

prinsip aku simple. when i said ok , its mean ok . when i said 'i cant' so just accept it . so bila someone said ok , and i will be accept it as ok . when you said 'you cant' so what can i do . tanpa memaksa . tanpa mengajuk bagai . aku letih .

something yang nampak simple , kadang fikir le perasaan orang . aku ni wujud nya sorang . bukan duplicate . mana nak jaga hati , mana yang perlu aku hormat . mana nak ikut kehendak diri sendiri . semua perlukan aku .

mengeluh tak guna . Allah bagi cara dan jalan ni senang . ada hikmah . *style pujuk diri sendiri*

tapi alhamdullilah , Allah juga bagi cara nak pujuk hati ni .

 kecewa kadang kadang . tapi aku tetap aku .

aku tetap aku yang nak jaga hati semua orang .

tapi ,

jangan sampai satu masa , aku berubah .

terima kasih , sebab sudi dengar luahan hati . kurang sikit beban di hati or lebih kepada kecewa sebenarnya.

terima kasih , Alia Izzati :)

Hati ini menyimpan banyak rasa sakit, tapi Allah punya lebih banyak kebahagiaan yang dirahsiakan daripada rasa sakit yang tersimpan :')
*sedikit ber-emo-sional mungkin .


Friday, 2 August 2013

Tonight .





pick da tittle for a random .

jiwa terasa kosong . serious talk . kosong .

mungkin sebab hubungan dengan Allah dah menjauh sikit .

hurm banyak mungkin .

ramadhan ni banyak ajar benda pada diri sendiri , pada nafsu . pada kesabaran dan iman dalam jiwa .

hati ni takut . takut lepas habis ramadhan , diri ini tak istiqamah .
kalau boleh , nak ramadhan stay . sedih .

sekarang pun dah mula menampakkan ciri ciri yang tak istiqamah dalam diri . Allahu .

diri ni sedar , hati terasa gelisah . tapi last nafsu yang menang .ikut rasa malas .

'semoga kita bangkit berubah kerana Allah' budak mato 

*deep*

aku pernah jatuh , 
aku pernah bangkit .
aku jatuh kembali dan 
aku cuba bangkit kembali .

Jangan lupa Allah yang memerhati,
Sketsa kita dibumi,
Jangan lupa nanti,
Diri ini akan mati.




tak tipu . kadang kadang diri ni letih . letih ngan jatuh sendiri .

tiba-tiba sedar yang diri ni dah jatuh , cuba bangkit dengan tarbiyah diri sendiri .

i just need someone who can give me tarbiyah when i need it .

because sometime i'm too tired .

letih untuk sedarkan diri sendiri .

tapi Allah tu sentiasa ada dekat ngan kita . senantiasa . cuma kadang kadang kita lupa .

tapi mungkin kadang kadang Allah hadirkan rasa kosong dalam jiwa untuk suruh kita fikir dan renung .

kenapa ?

teringat conservation ngan Iwe , geng baik .

bakpe tetiba aku rasa kosong ?'

'setiap orang akan rasa gitu . certain time'

'tahu lah . tapi serius aku rasa kosong'

'check hubungan mum dengan Allah macam mana'

bercakap , menasihati senang . bila diri yang kena , tak tentu arah jugak .

sincerely :

-jiwa kosong-