Tuesday, 24 March 2015

cliche .

Assalamualaikum , hai , selamat sejahtera and anyyong !

baru balik dari kelas. baru habis test . duduk atas tangga sebab bahana dari kunci bilik tak tau letak mana , so tunggu roomate yang entah kemana la tak balik2 lagi , bukak twitter benda wajib time tak tahu nak buat apa then tweet 'bila nak berubah?'

bukan berubah dari last minute study untuk test or exam kepada 'k lepas ni nak berubah study awal2' jangan last minute sebab bila last minute sekali jadi macam kejadian semalam masa tengah layan nota ngan youtube sama naik tiba2 fire drill. tak ke bengang semacam je . berubah ke arah itu dari sem 1 sampai dah masuk last sem pun still tak berubah lagi . berubah kali ni tetap dalam konteks yang sama bukan dalam konteks luar kotak . 

berubah , change , move on . argh ayat cliche untuk semua orang . sapa tak nak berubah . sapa yang tak suka kesempurnaan . dalam Islam dari segi pemakaian nya. akhlak nya. sapa yang tak nak jadi lebih baik dari apa yang kau sekarang .

sama dengan aku . aku ada one thing yang desperately aku nak ubah . and i know how i struggle to change not enough with how i'm desperately to change it . 

ada benda yang aku ubah . benda yang aku ubah atas kehendak aku sendiri . aku ubah dari tak biasa hingga jadi biasa dan bila aku nak buat benda yang aku pernah ubah tu aku tak selesa . aku berubah . yes i am 

ada benda yang aku ubah sebab bila nasi dah jadi bubur . aku ubah dari bubur tu jadi nasi balik . ok bubur takleh jadi nasi balik , tapi aku buat jadi balik :P dan benda tu aku tak rasa aku nak buat balik sebab perit nya time jadi bubur tu . aku berubah . yes i am.

ada benda yang aku nak sangat ubah . tapi aku masih tak ubah2. aku tak tahu bila aku mampu berubah . kadang2 aku penat dengan diri aku . aku fed up dengan diri aku .

Apa tips untuk istiqamah dalam berubah? Berubahlah kerana Allah. Senyum.




p/s: doakan aku mampu berubah . dan aku doakan kalian juga mampu berubah apa yang kalian ingin ubah :) 

p/ss: doakan aku boleh tulis lagi bila aku dah totally berubah .

Sunday, 22 February 2015

Puncak Bukit Keluang

21/02/2015 .

hai *lambai2 sikit*

orang lain naik puncak bukit keluang tak kecoh tapi aku nak kecoh . berapa bulan ke dah makan masa tahun tak update belog kesayangan nih . kesayangan ke ?

aku nak kecoh sebab ni first time geng #saiko cukup 7 orang . miracle ? sangat miracle sebab masing2 sibuk mengalahkan prime minister . cuti tak sama . macam2 lagi masalah tapi ni even naik puncak bukit keluang JE pun tapi bila lengkap tu yang buat 2 3 hari jugak r teringat . terindu . terngiang-ngiang ceh.



plan ni sebenarnya dah lama plan pengarah program nya nurul nabilah semestinya . tapi dia baru naik 2 3 minit dah pancit .

"setahun tak jogging pun takpe lepas ni" kata2 orang pancit awal .

janji pukul 3.30 janji melayu nya jadi pukul 4 petang baru semua kumpul kat pantai bukit keluang .
start naik aku tak sure sebab i dun care pun pukul berapa sampai je terus naik . fit tak fit nya aku ada lah semput jantung tak sempat nak hantar oksigen ikut saluran dengan baik . tapi alhamdullilah bila sampai puncak tu rasa 'ohyeah dah sampai'. bukan tinggi pun . 100m je kot. i'm not sure lah . semua tak sure . sebab konon2 trip ni suddenly plan . ngan sandal yang aku sayang tu lah aku bedal buat daki puncak tuh .

ceritanya. fatin baru 5 minit naik bukit tuh start pening . beyla mesti ngan mulut kecoh dia . nening pucat tiba2 . sorang lagi hyperactive setiap kali nak snap gambar mesti muncul . bateri mulut dia tak pernah stop . tapi sekali jatuh gedebok time turun bukit tuh baru senyap . kontrol macho la tuh . *saksi aku ngan dening* kihkihkih . keme dia hanya mencintai diri dia je . mana ambik port ambik gambar sekali . gambar dia tunjuk muscle tu mesti . and dia sorang je member yang tak upload pic ramai2 kat ig . aku dengan bibie paling stedy :P

geng sampai awal :D


lepas makan2 . kau kata aku . aku kata kau . start turun . tapi lagi mencabar turun dari naik . longgar skru kepala lutut aku . sepanjang turun tu dengar bibie "pijah tolong aku, pijah tolong aku". hahaha .sampai je bawah first thing cari air . muka penat masing2 yang gegirls la sebab tak berapa nak fit rasa nak menjerit je bila sampai kat bawah tapi bila tengok ya Allah ramai nya manusia tu kita menjerit je dalam hati ni ha.

sebelum balik kita selfie acah selfie kejayaan gitu . dengar keme nyanyi duet ngan beyla . dalam pukul 7 start gerak balik . since ni trip together2 konon nya . will be long lasting gitu dalam memori kita nih :) thanks .












p/s: harap sangat yang persahabatan ni akan sentiasa sentiasa sentiasa jangan berubah
p/ss: "my friends are always in my pith. nothing can break our friendship"
p/sss: credit to what-the-full-name this guy chibit . tolong2 ambik gambar kami :) thanks .










Thursday, 11 September 2014

sedih .

hai. dah lama tak mencurahkan sesi luahan hati

sebab biasa jugak meluahkan apa yang rasa terasa dirasa di laman sosial twitter jadi terbiasa or kebiasaan nya rasa je terus taip and tweet tapi kali ni takleh . sebab atas sebab-sebab tertentu .
sebab kewujudan blog ni hanya sesetengah je yang tahu maka boleh la hamba mencurahkan apa yang hamba rasa nak curah .

cerita sebenar .

aku buat kawan aku terasa sebab mulut ni . mulut ni laju je tanpa penanapis dan aku la manusia paling tak boleh nak deal dengan masalah bila aku rasa aku buat orang terasa . memang la aku akan pikir sampai tak boleh nak pikir . tu the main problem la .

aku rasa sedih . bila rasa sedih aku taktahu hormon mana yang merangsang air mata aku keluar dengan banyak nya. erghhhhhhh kalau boleh nak je aku tweet but i'm stopping from doing it sebab atas sebab-sebab tertentu yang akan menyebabkan hati lain terasa . so gua diam gua ambik jalan lain. jalan lain yang orang takkan tahu kecuali yang tahu kewujudan belog ini .

bila keluar air mata tu tandanya aku menangis . menangis bukan sikit mungkin sebab :

lepas aku tahu pasal kawan baik aku yang macam tak wujud dah kewujudan 'baik' di belakang kawan tu . yang macam berubah bukan sekadar 360 malah 1000 darjah . gua pasgrah .

berkumpul nya stress yang gua sendiri taktahu yang gua stress disebabkan diri tengah nak balance kan balik kelas yang padat dengan assignment yang padu dihimpit atas kami dalam masa sebulan .

lepas tu baru la gua takut gua jadi lain dengan dia sebab gua takut gua cakap banyak macam dulu ngan dia gua buat dia terasa pulak . gua punya perangai pelik .

hurm betul la kerana mulut badan binasa .

terharu sebab ada kawan yang ambik berat tanya ada masalah ke . lagi satu pekara yang takleh nak handle. asal baik sangat ? gua takleh handle benda2 macam ni . luar nampak je kuat . tapi hati fragile giler .

kbai. terima kasih .

Tuesday, 22 April 2014

Rindu .

siapa kata tak rindu ? rindu .

siapa kata tak sakit menahan rindu ? sakit .

memang aku rindu dia .

aku rindu dia,
dia yang pernah hadir dalam hidup ini,
dia yang selalu bercerita tanpa penat,
dia yang selalu menemani ketika hati ini gundah,
dia yang ceriakan hati ini saat sedih .

tapi kini,
dia sudah pergi walaupun ada ketika dia wujud,
time will heal everything and i just need time .

kadang rindu datang tanpa diundang tapi bagaimana diri ini kuat ,
kuat yang belum tentu orang nampak .
kuat yang belum tentu orang tu rasa .

sakit,
bila rindu dan benci bertamu jadi satu ,
tolong yang kau rindu bukan dia tapi kenangan

Aku memang tidak mudah jatuh hati.
Tapi ketika hatiku sudah memilih untuk terjatuh, maka orang itu akan selalu menjadi yang terpilih.
Bahkan saat hatinya sudah tak lagi memilih hatiku..


 "aku rindu kau"

"aku tak rindu kau pun"





Thursday, 20 February 2014

2014 .

Assalamualaikum .

dah masuk bulan 2 . masuk sem baru , kalau nak cerita pasal sem baru satu perkataan je boleh describe pasal sem baru 'mental' . kalau nak bercerita macam mana rupa assignment , tugas , and komitmen luar susah tapi tiap2 hari kena cope dengan 'mental'.  realiti baru seminggu masuk sem baru tapi jasad rasa letih tu dah macam sebulan . tak nak r bercakap benda tu . takkan habis .

masuk bab diri sendiri ,

bukan tak sedar . yang diri dah beralih arah balik . sedar sangat . kalau orang yang perhatikan aku. orang akan sedar dan aku sendiri pun tengah confuse dengan diri aku sekarang . yang nak mengata dah boleh mengata , sebab aku sendiri dah tengok orang tu yang cuba 'berubah' tapi bila tiba tiba dia tersilap dalam jalan 'berubah' tu , bukan orang hulurkan tangan nak bantu untuk pimpin dia ke jalan yang betul tapi mampu bercakap belakang . kalau orang yang 'berubah' dari zaman jahiliyah tu tahu susah nya perubahan yang dibuat tapi kenapa bila orang yang sedang melalui jalan yang kita dah pernah lalui tu kita tak bantu ? tapi cakap belakang . kalau rasa tak mampu nak bantu dia, tembak je dengan doa. tak payah nak cakap belakang .

k husnuzon . mungkin dah tembak dengan doa . tercakap belakang mungkin kesilapan yang dia tak sedar .

* * * *

"kain awak jarang la" tersenyum

kau tahu, betapa sejuk nya orang yang memberi teguran sambil tersenyum sambil usap belakang kita .

kau tahu kenapa dia tegur aku ? sebab dia tahu aku sedang lalu jalan 'berubah' tu .

kena refleks balik diri ni . kena tengok , kena cermin balik T.T


Monday, 6 January 2014

#Final Exam

Dear Mr.Bio ,

sihat? macam mana agak agak nya lepas dah kena kan saya hari ni? saya agak boleh sampai tahap mereng suka sorang sorang dalam dewan tadi . blerghhh -_- tak jangka pun awak nak bagi saya jawab soalan simple macam tu and serious talk saya suka sorang sorang . kan dah kata nak sampai tahap mereng seorang diri.

awak tahu saya tidur lambat sebab mungkin hormon melatonin dah berkurang  sejak sejak final exam. sleep disorder. time tidur koyak . rabak . final exam selalu je macam ni tambah tambah bila nak berdepan dengan Mr.Bio ni .

pagi , kalau takda Aza yang nak bangun kan saya. saya dah terbongkang tidur tanpa menghiraukan date saya dengan awak . awak tau tak? lepas sembahyang subuh. saya continue le lagi sub sub topic yang mungkin awak nak bagi kat saya tu sebab apa, sistem urinari tu saya tak baca lagi . sebab mulanya saya nak je berserah tanpa ada sistem tu tapi terdetik di hati nak jugak baca . exam pukul 9 saya dah ready keluar bilik sebab saya nak manjakan diri saya sebelum jumpa awak . dengan mengisi perut yang lapar dan mulut yang dah berhari hari nak rasa kuew tiau cafe murni tu . sambil tu saya call mak saya doakan semoga saya tenang . okay . ambik kuew tiau, ambik air nescafe beng duduk dan bukak lagi sistem urinari tu , sambil makan awak tau .

lepas tu , saya tengok jam dah pukul 8.30 pagi ada lagi setengah sejam nak jumpa awak. awak tau tak macam mana nak melompat nya jantung nak keluar dari tubuh . sambil ala ala budak bijak kelek nota jalan pergi dewan utama or DU. masa tu tengok kat depan pintu pun jadi le budak budak ni duduk buat port baca nota sebelum melangkah ke dalam DU. saya tanpa menghiraukan sesape pun, saya pergi tandatangan tempat duduk dan saya cari port saya sendiri. time ni tanpa hiraukan bising 'banga' kat DU tu saya duduk, saya hafal dan rumuskan apa yang patut . dan dengan lafaz bismillah saya masuk DU.

mula mula jawab MCQ . takpe lagi sebab kalau rasa takleh jawab sangat kita prepare le M16 ke. bom ke. sekali masuk essay , muscle punyer part. hahahaha. aku gelak je sorang sorang . macam mana awak boleh bagi saya soalan senang tapi saya tak fokus pun part tuh. dan gut feeling saya pasal kelenjar tak mengena tapi apa apa pun saya tak tinggal awak bersih suci. saya kotorkan jugak awak dengan dakwat pen.

akhir kata dari saya, terima kasih daun keladi lain kali saya tak nak jumpa awak lagi .

with lot and lot of love , me.

Thursday, 2 January 2014

move on .

2 sebab kenapa come up with the tittle .

sebab pertama bila baca blog abe Mato second bila baca whatsapp group.

"kenapa nangis weh?"

"nangis bahagia tu"

"ye la awek baru"

*dah di-translate dari bahasa kelantan ke bahasa baku*

fe-feeling bahagia bila sebab yang kedua tu i dah tak sentap macam dulu sebab apa? sebab saya tahu dan saya sedar saya dah move on . tak nafi benda bertahun ada dalam hati susah nak buang. susah nak toreh benda tu keluar.

masa fasa crushing akhirnya fasa terjatuh tu sakit sebenarnya. macam dalam hidup ni penuh dengan dia. buat semua benda fikir dia. bercerita mesti ada pasal dia. tiap tiap hari ingat dia. tengok rumah pun jadi le. boleh tersenyum sorang sorang tu belum masuk bab diari , surat luahan dalam kotak. pergh, penangan dia tu hebat. ujian yang Allah turunkan untuk hati . dan benda tu bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi bertahun. senang kata bercrush, berconfess, bertepuk sebelah tangan, bercrush balik, berbestfriend are not quite easy for me.

fasa-fasa ni banyak jadi lemah. banyak bazirkan air mata . tu sebab bak kata Kak Syu

" kita cinta seseorang kerana Allah baru lah tiang tu tak nampak macam dia"

dulu segiusly aku benci dengan diri sendiri. benci sebab mudah nangis sebab dia. mudah lemah sebab dia. you know what, i hate when i 'tersenyum sipu-sipu' bila ada orang sebut pasal dia. bila takleh nak tentang dia sebab perasaan dalam hati tu kena sembunyi. sebab masa tu tengah perang dunia ketiga dengan diri sendiri nak lupakan perasaan ni sampai ada satu masa yang aku pikir persahabatan ni kena putus tapi rasional lagi lerrr. kalau tak rasional takde pasal hilang kawan -_-

dan aku tak pelik bila ada yang bertudung labuh sampai boleh jadi telinga kuali even orang dah tegur banyak kali jangan keluar berduaan, jangan date tengah tengah malam atas dasar 'kawan je' sebab apa, sebab dunia ni aku yang punya. aku dah jatuh cinta. cenggitu . sebab aku dah lalui fasa tu . fasa yang sebenarnya tiang tapi nampak dia . arghhh takde r teruk sampai macam tu tapi bak kata perumpamaan yang Kak Syu bagi .

tapi kenangan di sebalik struggle ngan perasaan crushing, fasa terjatuh tu mana boleh delete terus. sebab tu sebenarnya pengajaran . bila kita letak Allah dulu benda ni takkan jadi sebenarnya. dan semua jadi ada hikmah nya .

macam abe Mato bagitau kalau guna le perkataan 'if' tu aku tak nak pun cuba bermain perasaan time kenal ngan dia first time tu. tak nak pun confess. tu kalau guna 'if' le.

"Sebab tu aku tak suka kita guna if. Sebab penggunaan if tu macam tak menerima takdir. Sedangkan salah satu dalam rukun iman tu, beriman kepada qada' dan qadar." Chad sambung.

Redha tu terletak pada hati. Bergantung pada kekuatan iman. Bersandar pada keyakinan pada janji-janji Allah. Redha tu, bila kita ikhlas. Ikhlas menerima, berlapang dada. Sangka baik dengan Allah. Itu sebenarnya yang orang duk kata move on. Bukan maksudnya terus melupakan, tapi bila mula faham yang setiap yang berlaku tu takkan terjadi dengan sia-sia. -Mato

p/s: sesiapa yang mengenali watak-watak di atas, ia bukan rekaan tetapi wujud tetapi ketahuilah bahawa itu             punyer cerita lama . peace yo. no war