Wednesday, 26 September 2012

Nurse!



Assalamualaikum

   percaya ke tak percaya. insyaAllah one day that girl will be a nurse. serius. aku tanya pada diri aku. betul ke aku ambik jalan ni? sebenarnya bila aku fikir balik. kenapa aku tak stay je form 6 dulu. sekarang sedikit sebanyak aku menyesal. aku rasa baik aku stay form 6. sebab? banyak sebab. kos duduk sini bukan serinngit dua. banyak -.-' sebab lagi. sekarang berlambak kot nurse. dan kami di usm tak ada scholarship. kami tak ada pegangan. tapi sekarang aku try muhasabah diri aku, rezeki tu di tangan Allah.

minggu ke-4 berada disini. makna nya sebulan. dan masuk minggu ke-3 aku belajar. assigment belambak. semangat tu pulak terbang entah pegi mana. bila semangat tu tak ada mula la aku buat benda yang tak sepatutnya aku buat. baca novel dalam dewan kuliah. tak bagi sepenuh perhatian. haila. subjek pulak. serius la aku tak minat. benda semua kena menghafal bagai -.-' benda ni aku simpan sensorang je. aku tak tahu aku nak mengadu kat sape. aku senyap dan aku bercakap dalam hati dan aku tahu siapa yang mendengar. tapi aku nak seseorang yang dengar dan boleh bagi nasihat. kembali kan balik semangat aku. sekarang. niat aku belajar ni. first kerana Allah. kedua sepenuhnya untuk abah dengan mak. 


Fadilah: tak semua yang kita nak,kita akan dapat. maka bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Alhamdullilah. 
:sometime kita hanya perlu ikut apa yang telah ditakdirkan. namun tak semestinya kita tak perlu berusaha untuk dapatkan yang terbaik

p/s: tahcing seorang diri :/


Sunday, 23 September 2012

-Kahwin Ganti-

Assalamualaikum :)

tetiba tadi time baca novel tajuk 'Kahwin Ganti' dalam dewan kuliah. dengar apa yang lect ajar tapi tak fokus sebab baca novel. time tu dengar lect, Puan Noraini story yang dia pernah kena kanser. Puan Noraini salah seorang lect aku. kalau tengok dia. serius kau tak kan pernah anggap yang dia pernah menghadapi penyakit yang boleh membawa maut nih. 

Puan Noraini seorang yang aktif. bercakap banyak dan kalau dalam kelas dia konfem tak akan mengantuk. sekarang dia currently study Phd dalam bidang nurse. tengok! betapa hebat nya dia. time Puan Noraini cerita. terus aku bagi perhatian. dia menghidap 'breast cancer'. tapi alhamdullilah setelah beberapa bulan lepas operation and treatment kimoterapi dia sekarang dah sembuh balik. moral dari story ni. Beliau cerita macam mana reaksi dia bila dapat tahu pasal penyakit tu. memang dia menangis. tapi sekejap je. yang penting kena tahu.kita kena redha dengan apa ketentuan Allah. ada hikmah kenapa Allah menghantar seberat itu ujian kepada umat-Nya. serius. aku kagum dengan sikap Puan Noraini. dia anggap benda ni simple dan terima benda ni dengan simple. terima dengan hati yang terbuka dan berpegang teguh kepada Ilahi. yang penting berharap kepada Pencipta kita. sakit itu datang untuk menguji dan mungkin penghapus dosa kita yang lalu. 

tercatat di buku nota aku kata kata Puan Noraini "don't let the situation control us but let be us control the situation". itu satu semangat untuk aku yang tengah depress sebab kenapa aku memilih bidang ini?



p/s: kuatkan semangat kami Ya Allah!

Friday, 21 September 2012

Kem Pimpin Siswa

Assalamualaikum :)

its been a past week when i and my gojes friends had to go Kem Pimpin Siswa at Lata Belatan or Kem Bukit Keluang. bukan terniat nak speaking tapi terspeaking -.-

Kem kat lata belantan. is awesome. good and perghhhh ! tak perlu nak cerita bagai mula turun dari hostel,menapak pegi naik bas kat padang kawad tu pukul berapa. tak penting. yang penting 'memory' yang tersemat. terpahat kat dalam otak aku ni. 

thanks for being not matured Abang abang fasi.khas untuk abang Iki dengan abang Amiaq. for those yang menjaga kebajikan kami time kem tuuu. thanks banyak banyak. eh abang ngan kakak fasi kami bakal doc. kau ada? tak ada kan...... big thanks kepada Abang Pa'an yang jadi fasi kumpulan kami. Platun 6. Platun ni hancur sebenarnya tapi kami tetap menang time 'survival cooking'. who great leader for Platun 6. Our Jin. Only Chinese in our group. and the rest member! thanks ya. 

-Platun 6-


p/s: new life is beginning!




Thursday, 20 September 2012

Kita Lemah -.-

46 minutes ago ..
"sakit bencana yang menimpa itu satu peringatan :) Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?"


Assalamualaikum :)

turun saje dari bas. menapak dua tiga langkah otw ke masjid nak sembahyang magrib. tetiba terpeleot. terjatuh. terseliuh. ya Allah. tuhan je tahu time tu rasa sakit seliuh tu macam mana. badan tak leh nak imbang apa. handset kat tangan jatuh. beg kat tangan pun jatuh. Alhamdullilah kuat kan semangat. kuatkan hati. tahan je rasa nak nangis sakit tu. pegi cari port sesuai untuk duduk dan cerita -the end- sakit yang masih bisa terasa tu biarkan. sebab ........

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

aku balik bersebab. tapi bukan kerana terpaksa tapi kerelaan hati dan sambil tambah pengalaman naik bas dari usm balik besut :) but im really sorry dear. if i could't make it for you tommorow. Happy Birthday Gurl! 

-Nur Amirah Afifah-


p/s: kita manusia yang lemah yang dicipta oleh Allah. tapi dengan ada Allah. kita mampu jadi kuat :)


Tuesday, 11 September 2012

USM Life

Assalamualaikum.

 2 minggu stay kat USM hari ni first time dapat online dengan free. dengan lappy sendiri. sebelum dapat online dengan lappy sendiri. yeah sedikit memenatkan. dengan jadual kelas yang pack giler dari pukul 8 pagi sampai pukul 4. curi masa time rehat kena pergi PPKT. aku tak ingat PPKT stand for what. aku baca masa pergi pejabat mereka. tapi time tuu tengah nak muntah.pening. mungkin sebab tak cukup tidur. 

for first week at usm. mungkin penat. mungkin tak. sebab orientasi kami tak mencabar mana. cuma sedikit letih sebab tidur lewat around pukul 2 pagi dan roll call pukul 5 pagi. i think PPSL nak tunjuk keorientasi tuu.sebab tu jadi bangun awal tidur lewat. benda lain duduk dalam dewan. dengar ceramah. thats all. and benda wajib. tidur.

minggu ni. minggu yang kedua. rutin sebagai pelajar. pergi kelas. dan balik bilik. tapi ada 'banyak' jugak benda yang nak diselesaikan awal awal ni. tapi aku rasa dah jadi budak Uni bukan awal awal je sibuk. tapi lepas awal awal tu akan jadi lagi super bizi. macam akak senior aku a.k.a roomate aku. kelas habis. malam ada meeting.tengah malam baru balik. tengok dia pun cukup buat aku penat. kalo aku sendiri. koma terus.

hujung minggu ni. kena pergi Kem Pimpin Siswa kat Lata Belatan. semoga dilancarkan aktiviti kami. :) abang Iki said. "welcome to the hell yeah" kita tengok la. macam mana rupa kem tuu. tak sabaq rasa nya. 

Group for dinner MalamRaya

p/s: Incik Apek. you stole my heart?