Monday, 28 January 2013

Gambang Water Park

warning: post kali ni takde gambar. hanya kata kata dilontarkan

Assalamualaikum

perasaan dapat pegi Gambang *ceg bajet macam pergi Korea*. sumpah tak eksited sebab tak kenal sesape pun kecuali sepupu aku. pergi bawah PERMATA means Persatuan Mahasiswa Terengganu. haritu pegi Uitm Shah Alam bawah HIMSAK. Hati Ini Sangat Menyayangi Anak Kelantan -.-' i think i have crisis identity right? ahhh. tak kisah. yang penting dua dua pertemuan tu bermotifkan politikang~ kesian otak aku yang masih junior nak paham semua benda tu. even mak aku cakap 'pegi boleh tapi buat taktau je' *le sight. buat taktau pun masuk jugak walaupun tak banyak dalam kepala ni. kesian doeee. kotor otak aku.

time pegi HIMSAK aku taktau berapa ramai yang pegi. tapi yang PERMATA  tu aku sempat la kira berapa buah bas pegi time nak balik tu. survey dari resort. 10 buah bas tak silap aku. around 400 mahasiswa. tapi yang best nya PERMATA. makan free. tempat tidur high class u'olls. nak masuk waterpark tu. free. habis dalam 11 ribu kott masuk waterpark tu.siap dapat baju. HIMSAK ada? takde. tapi seriusly aku takde niat nak buat perbandingan. jangan marah anak anak kelantan :) yang hebab menteri besar Ganu turun padang bagi ceramah. start dari ceghita pasal diri dia *time ni aku sengguk* pasal Terengganu. and then baru pasal politik. eh politik takleh lari.

pegi waterpark macam apa. sempat la main gelongsor tu. seriussssly tak sangka laju gila. next time.tekad dalam hati. nak pegi lagi. haritu moody gila. tak menyempat nya nak main semua permainan kat situ. and rasa keseronokan kat situ. kat lambang 'Gambang Water Park' pun aku tak ambik gambar. see? memang tak seronok pun pegi haritu. 

all the time. kecuali time riadah 4 jam tu. full dengan ceramah. so ceramah ceramah cermah.



p/s:sebab semua benda motif nya tak seronok. so contain blog aku pun segiussly tak seronok-.-


Monday, 21 January 2013

Sandwich Holiday :')

Assalamualaikum.

fuhh. ada jugak semangat nak menghupdate blog ku. holiday untuk sebulan. dan aku tak harap pun sebulan tu berlalu ngan cepat. please please *melutut* perasaan ni nak duduk dekat ngan mak. nak duduk dekat ngan abah je. yes. saya anak manja mak ngan abah. so what? -.- hihi. walaupun hari hari mak ngan abah tak puas hati ngan aku. Incik abah dengan gayanya. memerap dalam bilik jadi masalah. hadap lappy pun jadi masalah. satu problem yang takleh blah. kalau aku dok rumah suka sangat call handset aku. nak pass benda benda call handset aku. aku kalau dok rumah. handset bukan dok je tepi aku. kadang incik Xperia8 tu dok atas katil keseorangan. the owner dok sedap sedap tidur depan tv. see? macam mana aku nak dengar kalau abah call. fone rumah ada -.-' tak nak guna. lepas tu balik aku je yang kena tadah telinga dengar beliau 'pot pet pot pet' sebab tak angkat fone. abah abah *geleng pale* :)

pagi ni. awal awal lagi rasa kriuk kriuk perut aku bunyi. semalam dah plan nak buat sandwich. so pegi dapur,proses punya proses. campak punya campak. boleh jugak update blog ngan perut kenyang even ngan sekeping sandwich. wanna know how i make my sandwich? pijott's sandwich 


tak ambik gambar sandwich sebab aku buat terus aku campak dalam mulut. tengok T.T roti ada 3 keping je. so dah makan sekeping. tinggal lagi 2. sardin buat punya lah banyak. its simple :) kalau buat betul betul. telur sepatutnya rebus. slice. tapi sebab aku guna otak aku yang kreatif ni. aku nampak telur yang mak aku buat. half cooked. so ambik campak je dalam sardin tu. pusing pusing sama je kan? aku teringin nak makan cara korea so aku ambik salad aku letak sardin dalam tu and wrapped it. minat korea? tak minat... so kau takkan tahu la makanan macam tu wujud. tapi diorang tak guna salad. aku malaysian so aku guna salad. aku nak belajar buat lontong tapi mak tak free. kalau cuti konfem abah ajak mak pegi tengok rumah kat pasir akar. so bila ?bila ? mak nak ajar aku buat lontong. rumit tuh nak buat lontong -.- banyak yang aku nak belajar. sebab jadi tukang masak or chef salah satu cita cita aku. ngeh ngeh :3 tapi sebab takdir dalam bidang Miss Misi so aku jadi chef kat rumah je.  

6 hari dok rumah. rutin sama je aku buat. bangun pagi. cari makan. buat makanan. online. hadap lappy. tidur petang. masalah baru. tengahari je rasa mengantuk. -.-' tapi yesssss! aku suka dok rumah. dok ngan abah ngan mak. :) love it.

end.

*update blog sambil dengar ost Hearsting. erm. aku rasa sampai bila bila. bila dengar je lagu tu. something yang aku rasa kat hati aku. dada aku. thats pain is call 'pain'. aku pernah terluka :) it will bring me to the past story about me and someone who i gotta move on now. and i'm happy for it. i'm proud to be myself. i'm proud to be old Hafizah on 2013 :) 

p/s: dont fall in love when you're not ready to be fool and hurt #MyLovelyKimSamSoon :) 




Wednesday, 9 January 2013

Niat Baru

Assalamualamualaikum :)

hectic jugak la life sepanjang exam week ni. mungkin tak hectic di mata orang lain tapi cukup hectic la pada diri diri kami. bangun pagi,solat,mandi pegi cari makan then terus duduk atas kerusi ngan meja study. study je. stop pun untuk solat,pegi cari makan. tapi dari dulu memang tu je aktiviti kalau minggu exam kan? tapi kami ni macam hectic pelik sebab sebelum ni pergi kelas. balik. notesss tu hanya dijadikan santapan mata je. nak buat revision balik. nak study malam malam tu. memang tak la. kalau tengok notesss tu pun bila lect cakap "okay esok saya nak buat test. okay minggu depan nak buat test" pheww. kalau minggu depan lect kata nak buat test, tetap baca note tu sehari sebelum test. makna nya baru nak baca okay. tengok,betapa tak sihat nya cara kami study. or lebih tepat cara aku study. exam week aku. still sempat tweet. mungkin kurang dari biasa la. tengok jugak Running Man. tapi susah nak habis satu episod tu. tengok 2 3 minit. study. tu pun tengok time makan. hihi. aku ada stay up sampai lewat. aku ada bangun awal pagi untuk study. tapi kalau stay up. konfem petang tu banyak la aku tidur. tengok. sakit. sebab time dulu dulu tak nak bersakit. happy je tahu. 

time final exam ni pun. baru sibuk nak cari notes lect bagi.baru sibuk nak baca. dari pada kosong nak fahamkan semua? memang sakit. serius sakit. sakit kepala. sakit fizikal jugak. kalau sebelum ni dah baca,dah cuba faham. dah cuba buat quick revision. tak la penat sangat kalau time nak exam tu cuba hafal balik, ingat balik je. *menyesal*. T.T syukur sangat sebab ada gap sehari. satu paper ngan paper yang lain. cuma minggu depan untuk subjek sosiologi ngan komunikasi. we've no gap for that. tapi mesti semua tak kisah sebab lepas habis je komunikasi tu terus boleh balik. tak sabar nak merasa cuti sebulan. ngeh ngeh :3

okay. fuhhhh. tiup semangat baru. masuk sem 2 ni insyaAllah kena baiki balik cara belajar ni. kalau macam ni jugak konfem. takde nya kau nak target dekan or pngk 3.5 ke atas. kerja sekarang orang berlumba lumba nak dapat. tambah field aku ni banyak saingan la. memang kena berubah. lagipun dah masuk tahun 2013 kan? so mesti! kena berubah. harus. 

lagi satu. tengok orang sekeliling. sekeliling lah sangat. jeles sebenarnya. yang dapat pegi belajar obersea apa semua tu. yang ambik medic kat sini pun. aku rasa jeles. yes. aku tahu. diorang pun banyak halangan nak capai cita cita tu. tapi kadang kadang rasa jugak 'wow best nya dia. belajar obersea. mesti mak bapak bangga weh' pernah weh. terasa macam tu. tapi satu je la yang aku ingat. ada jugak yang tak dapat belajar. mesti diorang pun rasa apa yang aku rasa. its fair la. masing masing Allah dah ada plan yang awesome untuk kita. kita sama saja di sisi Allah. yang berbeza nya iman kita. ketakwaan kita. 

p/s: solat jangan tinggal. Al-Quran tu pun baca la jugak sekali sehari. tambah tambah subjek yang kena banyak mengahafal. Al-Quran membantu kita. insyaAllah. 

Tuesday, 8 January 2013

Release Lemak !

Assalamualaikum and Hai!

nak hupdate blog pun banyak halangan. sebelum tu kena mendobi kain secara manual la. fuhhh. penat *lap peluh* kena edit edit gambar luh. macam macam. act dah 2 3 hari rasa nak hupdate blog. tapi bila bukak nak update. mood tu turun ke tahap petala 0. hiperbola gila kang. tapi sebab sibuk dengan exam. tu semua buat aku padamkan niat nak upadte blog tuh. well 3 paper dah habis. tapi paper ethics and laws. rasa macam phewwww. hampeh. soalan no 1 ngan 2 balik balik check salah :'( my bad. dah stay up. benda tu aku dah baca kottt. tapi time exam aku jawab lain. ada la tu tak kena ngan aku. hopefully takyah kena repeat paper tu untuk sem depan. semalam dah otp with my bonda. banyak yang mak bagi semangat. terharu. *sobs sobs* yela hati ni gila rapuh kalo ngan mak.abah. seriusly rasa nak nangis. tapi tahan tahan. kalau mak tanya harap harap boleh la jawab okay. takmau mak bimbang :'(

dah stop la pasal exam tuh. ada 4 paper lagi ni sebelum start cuti sem. wakakak :3 petang tadi si arbox and the geng pegi release lemak kat kawasan usm. satu round je. tu pun semput. sebab dah lama tak turun jogging. takde pape yang menarik pun. harap harap lebihan lemak yang aku takmau ni blah la. bukan tak sayang tapi. . . . berat ni dah lebih kot sebab lemak lemak tu . lepas jogging,hambik hambik gambar. lepas tu terus pegi hospital. bank in duit. beli baju Running Man weh. *pembaziran* dan beli makanan untuk dinner. otw pegi hospital tu. konon la buat buat lalu depan DU. -dewan utama- eh bukan sengaja lalu. dah tu laluan yang paling dekat. so geng aku lalu jelah. sambil sambil boleh cuci mata tengok crush aku main gendang gendang tu. Mr.YFG. tapi tak pandang lama lama. takut OVERLOAD aku punya memori.


maaf la buat muka. sebab konon konon nak tiru Kak Maghia. hahaha. tengok roomate aku. macam hantu -.--Huda.Ada.Fatin.Pijott- 

ehem. pengalaman lalu ajar aku lempang aku cukup kuat supaya tidak terlalu berharap. dan sekarang seriusly aku dah putus harapan. dan aku dah tawar hati. aku dah tak sanggup sakitkan hati aku sendiri. so its okay. kita ikut je flow keadaan. hati ni dah keras. 2013 is the beginning for my heart.my life. :)

okay. kena start study balik. sebab 4 paper lagi ada. lepas tu cuti sem. kem pimpin siswa lanjutan tu letak tepi dulu. kalo boleh pegi insyaAllah kuatkan semangat.Kita pegi je.masa muda ni nak have funs and enjoys. 

Thursday, 3 January 2013

Meraban #2

duduk tegak. bukak lagu kpop u'olls. heret lappy.

Bismillahirrahmanirrahim :)

line intenet dah tak melembabkan diri nya u'olls. tadi semangat berkobar kobar nak hupdate gua punyer blog sebab kepuasan tahap melampau sebab roomate gua. sorang balik. sorang lagi merangkap gua punyer kakak senior pegi meeting and end up nya tidur kat bilik kawan dia bahhh. dan gua punyer otak dah tepu *konon study banyak* sampai nak pecah kepala gua. hihi. tadi bajet nak hupdate blog sambil makan meehon tomyam gua yang tawar tu. air milo panas gua yang tawar tu. tapi disebabkan line usm ni agak membentatkan diri nya tadi sampai kan gua punyer tomyam dah habis. air milo gua sudah sejuk.

malam ni punyer aktiviti scroll TL twitter. sekali dua kala bukak FB. check noti. biasa la. noti agak tidak berfaedah. lepas tu gua tengok twitter. hupdate tweet twitter. lepas tu layan Running Man. lepas tu reply text. lepas tu scroll TL twitter.lepas tu FB. lepas tu Running Man. lepas tu ke tandas. lepas tu duduk balik depan laptop sampai gua punyer tulang belakang sakit. seriusssgly gua malam ni takde keje. dah la roomate takde. notessssss memang gua fedup. notessss ethics nga law tu lagi lagi lagi la. rasa nak campak jauhhhhhhhhh. tapi tu effect gua punyer CGPA. jeng sungguh. weh budak law gua tabik spring la. sikit punyer law aku takleh tahan. mak oi english sepatah haram aku tak paham. mujur cik googelate ada. (googlelate= google translate). tapi kadang kadang pun cik googlelate ni takleh nak pakai sangat. bagi ayat putar belit like keling :3 wakaka.

dan sekarang gua sangat kepuasan. dan maybe kepuasan yang teramat sangat akan menyebabkan gua yang comel ni study ethics nga law. semoga. dan doakan gua ada semangat nak study. sekarang pukul 1 pagi lebih. memang tak mengantuk sebab pagi tadi gua lambat sangat sangat bangun. lambat pukul berapa tu biarlah rahsia. agaknya lambat tu bangun je terus boleh sembahyang zohor. hihi. tak layak buat bini. bukan nak tidur sangat pun. tapi bila tengok roomate tidur. rasa nak sambung tidur balik. tapi bangun nya ya Allah. lambat sangat. dan esok nya. gua tak tau bangun nya pukul berapa. sebab gua ada jam kat henset je nak gerakkan gua. gua pasgrah gila la kalo terbangun terlewat. okay gua memang takde topik nak putar belit biar cerita ni jadi panjang. sebab gua tahu takde orang baca gua punyer blog sebab gua coldsetafff. bukan hotsetafff :3 


Tuesday, 1 January 2013

2013

Assalamualaikum :)

yang penting setiap kali masuk tahun. Happy Birthday Abah. Abah is my everything in my life. my mom also. aku ada kat dunia. aku kenal mereka. takde adik beradik yang mampu merampas kebahagiaan aku bersama mereka. *evil laugh* walaupun aku takde pertalian darah ngan mak ngan abah tapi aku sikit pun tak kisah. yang penting. mereka sayang aku.aku sayang mereka. okay taknak cakap banyak sebab nanti ada je banjir kat sini. aku memang sensitif banyak la kalau sentuh pasal ngan mak dan abah. walaupun aku ni susah nak tunjuk. Mak Abah. I lop U. hihi.

sebenarnya time taip entry baru untuk new year ni sebenarnya dah masuk 2 haribulan dah pun. tapi sekali lagi. sikit pun saya tak kisah. hihi. banyak yang aku nak berubah. tapi tak perlu nak list bagai. biar aku simpan sensorang dalam hati ye. sebab aku sendiri takut takut. tercapai ke tak? -.- oh i'm unofficially 19 right know? oh my. next year i will be. . .  no way. tu next year. tahun ni insyaAllah,semoga dipanjangkan umur oleh Allah sebab banyak lagi kena mintak ampun. tak layak lagi nak jejak syurga Allah. tak layak lagi nak jumpa Allah. semua tak layak lagi. Ya Allah panjangkan lah umur aku. umur kedua dua ibu bapa aku. sebab aku nak balas jasa mereka walaupun tak terdaya nak balas semua :) okay sambung. tahun ni sebagai seorang yang umur 19 lets create our memory sebagai budak umur 19 tahun. *budak ke? masih budak la. -.-

last thing 2012.
perit bila ingat balik sahabat yang memang kita sayang gila gila. nak putus kawan. rasa macam macam blur sebenarnya. tapi Alhamdullilah semua dah settle. sekurang kurang nya aku yang konon konon bajet matang ni buat keputusan yang baik. kalau ikut nafsu,ikut kata syaiton. maka kawan selama ni burn sebab kata kata yang tak pernah fikir dulu sebelum berkata kata. see 'fikir dulu sebelum nak cakap pape' sebab 'kerana mulut hati binasa' wekkkk -.- berbahasa pulak :)

early 2013
our friendship come better la. mungkin lebih rapat.lebih percaya satu sama lain. sama je dengan kawan lain. bila something berlaku. gaduh ke. tu buat kita lebih lebih rapat. believe me. kalau kau kawan tu kau tak pernah gaduh sekali kau gaduh memang akan gaduh teruk. aku ngan ex bestfriend aku. sekali gaduh. "okay kita bercerai". konon bercerai. even dia dah tak anggap aku kawan dia. seriussssly dia tetap kawan aku. aku pandang dia jauh jauh je. sekarang ada sorang kawan baik aku erghhh.mungkin lepas ni susah nak cari gadoh ngan dia. sebab masing masing belajar jauh. dia kat kedah.aku kat kelantan. jauh? taklah sangat. tapi dia la sahabat aku dari form3 asyik gaduh je. gaduh gaduh baik baik. lepas tu gaduh. tapi still takleh nak berpisah. credit to Wan Nur Azlieyana. time ayah dia meninggal. time tu aku gaduh ngan dia. lepas aku dapat tau yang ayah dia meninggal. aku pulak yang nangis bagai nak rak. see our bond is strong. our bond is lovely. hehe :)

sekarang saya ingin mengakhiri ucapan saya. *ceg* lets come to mama final exam and cuti sem. yeahhh! insyaAllah everything will going smooth. doa jela masa final exam ni cepat berjalan. semoga boleh cuti sem cepat cepat dan dapat membesarkan badan kat rumah.


google saja ;)