Thursday, 2 January 2014

move on .

2 sebab kenapa come up with the tittle .

sebab pertama bila baca blog abe Mato second bila baca whatsapp group.

"kenapa nangis weh?"

"nangis bahagia tu"

"ye la awek baru"

*dah di-translate dari bahasa kelantan ke bahasa baku*

fe-feeling bahagia bila sebab yang kedua tu i dah tak sentap macam dulu sebab apa? sebab saya tahu dan saya sedar saya dah move on . tak nafi benda bertahun ada dalam hati susah nak buang. susah nak toreh benda tu keluar.

masa fasa crushing akhirnya fasa terjatuh tu sakit sebenarnya. macam dalam hidup ni penuh dengan dia. buat semua benda fikir dia. bercerita mesti ada pasal dia. tiap tiap hari ingat dia. tengok rumah pun jadi le. boleh tersenyum sorang sorang tu belum masuk bab diari , surat luahan dalam kotak. pergh, penangan dia tu hebat. ujian yang Allah turunkan untuk hati . dan benda tu bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi bertahun. senang kata bercrush, berconfess, bertepuk sebelah tangan, bercrush balik, berbestfriend are not quite easy for me.

fasa-fasa ni banyak jadi lemah. banyak bazirkan air mata . tu sebab bak kata Kak Syu

" kita cinta seseorang kerana Allah baru lah tiang tu tak nampak macam dia"

dulu segiusly aku benci dengan diri sendiri. benci sebab mudah nangis sebab dia. mudah lemah sebab dia. you know what, i hate when i 'tersenyum sipu-sipu' bila ada orang sebut pasal dia. bila takleh nak tentang dia sebab perasaan dalam hati tu kena sembunyi. sebab masa tu tengah perang dunia ketiga dengan diri sendiri nak lupakan perasaan ni sampai ada satu masa yang aku pikir persahabatan ni kena putus tapi rasional lagi lerrr. kalau tak rasional takde pasal hilang kawan -_-

dan aku tak pelik bila ada yang bertudung labuh sampai boleh jadi telinga kuali even orang dah tegur banyak kali jangan keluar berduaan, jangan date tengah tengah malam atas dasar 'kawan je' sebab apa, sebab dunia ni aku yang punya. aku dah jatuh cinta. cenggitu . sebab aku dah lalui fasa tu . fasa yang sebenarnya tiang tapi nampak dia . arghhh takde r teruk sampai macam tu tapi bak kata perumpamaan yang Kak Syu bagi .

tapi kenangan di sebalik struggle ngan perasaan crushing, fasa terjatuh tu mana boleh delete terus. sebab tu sebenarnya pengajaran . bila kita letak Allah dulu benda ni takkan jadi sebenarnya. dan semua jadi ada hikmah nya .

macam abe Mato bagitau kalau guna le perkataan 'if' tu aku tak nak pun cuba bermain perasaan time kenal ngan dia first time tu. tak nak pun confess. tu kalau guna 'if' le.

"Sebab tu aku tak suka kita guna if. Sebab penggunaan if tu macam tak menerima takdir. Sedangkan salah satu dalam rukun iman tu, beriman kepada qada' dan qadar." Chad sambung.

Redha tu terletak pada hati. Bergantung pada kekuatan iman. Bersandar pada keyakinan pada janji-janji Allah. Redha tu, bila kita ikhlas. Ikhlas menerima, berlapang dada. Sangka baik dengan Allah. Itu sebenarnya yang orang duk kata move on. Bukan maksudnya terus melupakan, tapi bila mula faham yang setiap yang berlaku tu takkan terjadi dengan sia-sia. -Mato

p/s: sesiapa yang mengenali watak-watak di atas, ia bukan rekaan tetapi wujud tetapi ketahuilah bahawa itu             punyer cerita lama . peace yo. no war

No comments:

Post a Comment