Wednesday, 9 January 2013

Niat Baru

Assalamualamualaikum :)

hectic jugak la life sepanjang exam week ni. mungkin tak hectic di mata orang lain tapi cukup hectic la pada diri diri kami. bangun pagi,solat,mandi pegi cari makan then terus duduk atas kerusi ngan meja study. study je. stop pun untuk solat,pegi cari makan. tapi dari dulu memang tu je aktiviti kalau minggu exam kan? tapi kami ni macam hectic pelik sebab sebelum ni pergi kelas. balik. notesss tu hanya dijadikan santapan mata je. nak buat revision balik. nak study malam malam tu. memang tak la. kalau tengok notesss tu pun bila lect cakap "okay esok saya nak buat test. okay minggu depan nak buat test" pheww. kalau minggu depan lect kata nak buat test, tetap baca note tu sehari sebelum test. makna nya baru nak baca okay. tengok,betapa tak sihat nya cara kami study. or lebih tepat cara aku study. exam week aku. still sempat tweet. mungkin kurang dari biasa la. tengok jugak Running Man. tapi susah nak habis satu episod tu. tengok 2 3 minit. study. tu pun tengok time makan. hihi. aku ada stay up sampai lewat. aku ada bangun awal pagi untuk study. tapi kalau stay up. konfem petang tu banyak la aku tidur. tengok. sakit. sebab time dulu dulu tak nak bersakit. happy je tahu. 

time final exam ni pun. baru sibuk nak cari notes lect bagi.baru sibuk nak baca. dari pada kosong nak fahamkan semua? memang sakit. serius sakit. sakit kepala. sakit fizikal jugak. kalau sebelum ni dah baca,dah cuba faham. dah cuba buat quick revision. tak la penat sangat kalau time nak exam tu cuba hafal balik, ingat balik je. *menyesal*. T.T syukur sangat sebab ada gap sehari. satu paper ngan paper yang lain. cuma minggu depan untuk subjek sosiologi ngan komunikasi. we've no gap for that. tapi mesti semua tak kisah sebab lepas habis je komunikasi tu terus boleh balik. tak sabar nak merasa cuti sebulan. ngeh ngeh :3

okay. fuhhhh. tiup semangat baru. masuk sem 2 ni insyaAllah kena baiki balik cara belajar ni. kalau macam ni jugak konfem. takde nya kau nak target dekan or pngk 3.5 ke atas. kerja sekarang orang berlumba lumba nak dapat. tambah field aku ni banyak saingan la. memang kena berubah. lagipun dah masuk tahun 2013 kan? so mesti! kena berubah. harus. 

lagi satu. tengok orang sekeliling. sekeliling lah sangat. jeles sebenarnya. yang dapat pegi belajar obersea apa semua tu. yang ambik medic kat sini pun. aku rasa jeles. yes. aku tahu. diorang pun banyak halangan nak capai cita cita tu. tapi kadang kadang rasa jugak 'wow best nya dia. belajar obersea. mesti mak bapak bangga weh' pernah weh. terasa macam tu. tapi satu je la yang aku ingat. ada jugak yang tak dapat belajar. mesti diorang pun rasa apa yang aku rasa. its fair la. masing masing Allah dah ada plan yang awesome untuk kita. kita sama saja di sisi Allah. yang berbeza nya iman kita. ketakwaan kita. 

p/s: solat jangan tinggal. Al-Quran tu pun baca la jugak sekali sehari. tambah tambah subjek yang kena banyak mengahafal. Al-Quran membantu kita. insyaAllah. 

No comments:

Post a Comment